Twitter Menguji Fungsi Baru Untuk Paparan Koleksi Produk

Twitter Menguji Fungsi Baru Untuk Paparan Koleksi Produk

Diterbitkan pada June 20, 2015 oleh .

Twitter kini melalui beberapa perubahan pada syarikat mereka, dimana selain perubahan pada CEO, mereka juga telah mula menawarkan kebolehan menghantar mesej lebih panjang melalui Direct Message, dan kini menguji sebuah fungsi baru untuk memperlihatkan paparan koleksi produk.

Melalui paparan koleksi produk ini, ia membawa paparan bukan sahaja gambar sesuatu produk, tetapi maklumat lanjut termasuk penerangan, paparan harga dan juga butang pembelian – yang pernah diperkenalkan Twitter pada tahun lepas.

Twitter Shopping

Selain daripada itu, pengguna juga boleh melihat Tweet-Tweet yang berkaitan dengannya pada bahagian bawah paparan koleksi berkenaan – sekaligus memudahkan anda memahami penawaran dan membaca ulasan ringkas daripada pengguna lain.

Disamping untuk produk, Twitter juga turut menguji fungsi yang lebih kurang sama untuk lokasi – seperti untuk muzium, restoran dan sebagainya.

Seperti biasa, fungsi ini masih pada peringkat ujian lagi, dan mungkin akan diperkenalkan secara meluas dalam beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN