Cari @ Amanz

HTC telah memperkenalkan HTC One Max pada 2013 yang lepas, dimana ia merupakan phablet daripada HTC dengan skriin bersaiz besar dan turut hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang. Kini, dengan penawaran kemaskini Android 5.0 Lollipop untuk beberapa peranti, HTC Malaysia turut telah mengumumkan kemaskini sama untuk peranti tersebut.

HTC One Max

Melalui Android 5.0 Lollipop, pihak HTC menyertakan beberapa perkara baru, terutamanya dari segi antaramuka yang menerima sedikit kemaskini, selain paparan notifikasi pada lockscreen, serta pengoptimasian pada penggunaan pemprosesan dan bateri.

Bagi pengguna yang menggunakan peranti HTC One Max, anda boleh ke halaman Settings > About > Software Update, dan memulakan proses kemaskini peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd