Huawei Memulakan Ujian Beta Tertutup Android 5.1 Untuk Huawei Mate 7 Dan Huawei P7

Huawei Memulakan Ujian Beta Tertutup Android 5.1 Untuk Huawei Mate 7 Dan Huawei P7

Diterbitkan pada June 20, 2015 oleh .

Huawei Mate 7 dan juga Huawei P7 merupakan dua peranti flagship daripada Huawei yang telah diperkenalkan pada tahun lepas. Dengan penawaran Android versi terkini, ramai pengguna kedua-dua peranti ini menantikan kemaskini serupa untuk peranti mereka, dan kini pihak Huawei dilihat telah dalam fasa ujian sebelum pengenalan meluas untuknya.

Huawei EMUI 3.1 Beta

Melalui Huawei Malaysia, mereka kini sedang mencari pengguna tempatan untuk menguji kemaskini Android 5.1 yang turut dilengkapi antaramuka EMUI 3.1, sebelum ia diperkenalkan secara rasminya. Ujian beta ini adalah lebih kepada tertutup, dan memerlukan pengguna yang berminat untuk menyertainya dengan menghantar emel.

Jika anda mempunyai Huawei P7 ataupun Huawei Mate 7, anda boleh menyertai ujian beta ini dengan menghantar emel kepada [email protected] dengan menyertakan nama, model telefon, IMEI, versi sistem operasi sedia ada, dan juga nombor telefon anda.

Huawei masih tidak memberikan sebarang tarikh rasmi mengenai penawaran OTA untuk kemaskini ini bagi semua pengguna.


TIPS & ULASAN