iPhone Lamp – Kitar Semula Peranti Lama Menjadi Lampu Meja
Artikel Berkaitan

iPhone Lamp – Kitar Semula Peranti Lama Menjadi Lampu Meja

Diterbitkan pada June 20, 2015 oleh .

Berbeza dengan pengguna peranti lain, pengguna iPhone kebanyakannya tidak akan menjual peranti lama mereka sebelum membeli model terkini. Ramai rakan kami mempunyai muzium mini di rumah yang mempamerkan kesemua produk Apple yang mereka miliki. Semuanya tersimpan cermat di dalam kotak asal dan kelihatan seperti baru dibeli semalam. Jadi adalah agak sedih apabila difikirkan peranti generasi lama iPhone yang “bersara” di dalam kotak dan tidak lagi digunakan.

Iphone-Lamp-1

Menyedari hakikat ini, Ivan Zhubra menghasilkan iPhone Lamp. Ia adalah lampu yang menggunakan semula peranti iPhone 4, 4S, 5S dan 5C lama sebagai sumber cahaya. Keseluruhan iPhone Lamp dihasilkan menggunakan teknologi cetakan 3D. Hanya perlu masukkan peranti lama ke dalamnya dan ia kini memulakan hidup baru sebagai lampu meja paling berteknologi tinggi yang pernah anda miliki. Kesemua kabel tersimpan cermat di dalam tubuh iPhone Lamp.

Cara yang menarik untuk mengitar semula peranti lama. Sebelum ini ada kami paparkan projek Rainforest Connection di Indonesia. Peranti Android lama diubah suai menjadi penggera pintar yang mengesan pembalakan haram di tengah-tengah rimba Indonesia. Penggunaan semula peranti pintar ini akan mengurangkan lambakan sampah elektronik yang akan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar.

Iphone-Lamp-2


TIPS & ULASAN