Pemilik Samsung Galaxy S6 Edge Berang Apabila Skrin Retak Selepas Meniru Aksi Lasak Di Dalam Iklan

Pemilik Samsung Galaxy S6 Edge Berang Apabila Skrin Retak Selepas Meniru Aksi Lasak Di Dalam Iklan

Diterbitkan pada June 20, 2015 oleh .

Walnut-Samsung-S6-Edge“Jangan tiru aksi ini” adalah amaran yang sering kita lihat di kaca TV apabila aksi lasak akan dipertontonkan. Di China seorang pembeli Samsung Galaxy S6 Edge berang selepas Samsung enggan menggantikan skrin peranti beliau yang pecah secara percuma kerana mencuba aksi lasak dari sebuah iklan.

Menurut laporan media China, skrin S6 Edge pelanggan dari Bandar Xi’an retak selepas beliau meniru iklan yang menunjukkan peranti ini digunakan untuk memecahkan kacang walnut. Iklan ini dipaparkan di dalam sebuah bilik pameran Samsung di mana peranti dibeli. Malang sekali skrin peranti beliau tidak tahan lasak seperti di dalam iklan tersebut. Lelaki  ini  kemudian melakukan laporan polis selepas permintaan beliau ditolak.

Iklan yang dimaksudkan sebenarnya adalah video ujian tahan lasak yang tidak dihasilkan secara rasmi oleh Samsung. Di Malaysia kami sedari hanya video rasmi Samsung diperlihatkan di bilik pameran. Mungkin di China polisi Samsung berbeza. Kami tidak mengesyorkan anda meniru aksi lasak melakukan ujian tahan lasak terhadap peranti anda kecuali anda mempunyai dana mencukupi untuk membaikinya. Kami sendiri tidak melakukan ujian jatuhan kecuali secara tidak sengaja.


TIPS & ULASAN