Cari @ Amanz

Intel telah memperkenalkan Intel Compute Stick sebelum ini, yang mana merupakan sebuah dongle yang boleh dipasang kepada sebarang televisyen atau monitor melalui ruangan HDMI, dan menggunakannya sebagai sebuah komputer. Kini, dalam usaha untuk melengkapkan dan memudahkan pengguna menggunakan ia, Intel turut menerbitkan sebuah aplikasi khusus untuk Android dinamakan sebagai Intel Remote Keyboard.

Intel Compute Stick

Menggunakannya pada peranti Android, ia membolehkan pengguna menghubungkan ia kepada Intel Compute Stick, dan seterusnya membolehkan pengguna mengawal Windows 8.1 melalui telefon pintar atau tablet – dimana peranti Android akan diubah menjadi sebagai input – sama ada sebagai papan kekunci ataupun trackpad tetikus. Untuk menghubungkannya, pengguna akan diperlukan untuk membuat imbasan kod QR – yang mana agak mudah walaupun untuk pengguna biasa.

Bagi anda yang menggunakan Intel Compute Stick berasaskan Windows, ataupun sebarang NUC, anda boleh memuat-turun aplikasi ini dan menggunakan peranti Android anda sebagai input untuknya – sekaligus tidak lagi memerlukan anda mendapatkan sebarang perkakasan tambahan bagi menggunakannya sebagai komputer.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd