Cari @ Amanz
  • Amaran
  • Kemaskini : Desas-desus ini tidak benar memandangkan ia dilihat menyerupai Zeaplus Band

Xiaomi Mi Band merupakan salah satu gelang tangan pintar yang popular di dunia, dimana harga jualannya sekitar Rm59 membuatkan ramai pengguna yang berebut untuk mendapatkannya. Ia telah dilancarkan pada tahun lepas, dan pada tahun ini, Xiaomi dijangka untuk hadir dengan kemaskini generasi baru peranti dibawah keluarga sama, dikenali sebagai Mi Band 2.

Xiaomi Mi Band 2

Terkini, sebuah gambar hadir ke arena web dikatakan sebagai gambaran imej akhir untuk Xiaomi Mi Band 2. Melalui apa yang tertiris, ia memperlihatkan rekaan gelang tangan pintar yang lebih kurang sama, tetapi kali ini Xiaomi dilihat menyertakan skrin untuk pengguna melihat paparan masa, notifikasi dan sebagainya. Desas-desus turut mengatakan xiaomi turut menyertakan sokongan NFC pada peranti ini.

Seperti biasa, ini hanya sekadar desas-desus awal sahaja. Kita mungkin mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini dalam masa terdekat ini.

Xiaomi telah memperkenalkan Mi Band pada tahun lepas, Julai 2014.

  • Amaran
  • Kemaskini : Desas-desus ini tidak benar memandangkan ia dilihat menyerupai Zeaplus Band
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd