Cari @ Amanz

Meizu pada awal bulan Jun ini telah memperkenalkan peranti berspesifikasi pertengahan terbaru daripada mereka, iaitu Meizu M2 Note. Selain daripadanya, kini mereka turut menjadualkan sebuah acara khas pada 30 Jun kelak untuk memperkenalkan satu lagi peranti baru daripada mereka – berkemungkinan besar adalah Meizu MX5.

Meizu MX5

Mengikut beberapa info yang tertiris sebelum ini, Meizu MX5 ini dikatakan akan membawakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan 1080p, kamera belakang 20-megapixel, kamera hadapan 3-megapixel, serta bateri berkapasiti 3150mAh. Untuk menguasakan peranti, Meizu MX5 dijangka akan menggunakan cip MediaTek serta memori 3GB RAM.

Meizu dilihat memberikan penekanan kepada bahagian kamera – yang mana sedia menjadi fokus utama ramai pengeluar peranti akhir-akhir ini.

Seperti biasa, ia menjadi tanda tanya berkenaan apakah Meizu akan menawarkannya bersama-sama Ubuntu Touch OS ataupun Android sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd