Cari @ Amanz

Uber Malaysia kini dilihat menyediakan promosi terhad bersempena dengan bulan puasa, bulan Ramadan ini. Melalui promosi yang disediakan pihak Uber, mereka menawarkan pemanduan percuma bernilai sehingga RM25 pada bulan Ramadan ini dari pukul 4 petang hingga 9 Malam.

UberRamadan

Pihak Uber dilihat menyasarkan pemanduan percuma ini bersempena untuk masa berbuka puasa untuk pengguna disekitar Lembah Klang.

Untuk menggunakan promosi ini, pengguna hanya perlu memasukkan kod MyUberRamadan ketika membuat tempahan kereta antara pukul 4 petang hingga 9 malam, dan menikmati promosi berkenaan. Uber menawarkan promosi ini terhad sehingga 30 Jun 2015 ini sahaja.

Bagi yang tidak mengenali akan Uber, ia merupakan perkhidmatan seumpama MyTeksi, tetapi ia menawarkan kenderaan berbeza dan bukannya teksi, serta pengalaman yang selesa ketika menggunakannya. Namun, untuk pengecasan, pengiraan dilakukan dengan mengabungkan pengiraan jarak dan masa – selain ia juga berbeza mengikut penawaran kenderaan – sama ada UberX, UberBlack dan sebagainya.

UberRamadan

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd