Cari @ Amanz

Jikalau dibandingkan dari segi angka penggunaan platform, Android kini memegang majoriti besar pasaran. Ini membuatkan penyedia platform lain seperti Apple dan Microsoft menarik pengguna dan memudahkan pengguna berpindah ke platform mereka.

Terkini, Microsoft dilihat turut menyediakan sebuah aplikasi khusus dinamakan sebagai Switch To Windows Phone yang memudahkan pengguna Android beralih ke peranti Windows Phone.

Switch to Windows Phone

Aplikasi berkenaan ditawarkan untuk Windows Phone dan Android – dimana pengguna akan diminta untuk memasangnya pada kedua-dua peranti. Sebaik sahaja ia dipasang dan dihubungkan, pengguna boleh memindahkan sejumlah data sedia ada, termasuk Contacts, SMS, gambar, video dan juga muzik.

Dengan memindahkan semua data ini, anda dapat terus menggunakan Windows Phone baru anda dan turut mengakses pelbagai data sedia ada anda tanpa risau.

Seperti biasa, Microsoft turut menyarankan pengguna membuat salinan pendua di OneDrive untuk memudahkan ia diakses pada masa akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd