Cari @ Amanz

Bagi kebanyakkan pengguna pelayar web yang sering ingin mencuba fungsi baru terlebih dahulu sebelum pengguna lain, salah satu kaedah yang mudah adalah mencuba saluran beta atau Dev untuk sesuatu pelayar web. Antara yang popular dan sering mengemaskini penawaran untuk saluran berkenaan adalah Chrome, Opera dan juga Firefox.

Paling terkini, pihak Opera dilihat telah mengemaskini saluran Dev untuk pelayar web Opera, sekaligus membolehkan pengguna mencuba Opera 32 Dev.

Melalui Opera 32 Dev, salah satu perkara baru yang dibawakan oleh Opera adalah sokongan tema beranimasi, membolehkan anda menggunakan latar belakang beranimasi ketika melihat tab utama pada pelayar web.

Opera 32 Dev

Disamping itu, pihak Opera turut menawarkan sokongan sync kata laluan antara pelayar web – menggunakan akaun Opera yang sedia digunakan untuk sync bookmark, Speed Dial dan sebagainya. Pengguna juga turut boleh menambah passphrase dalam usaha menjadikan ia lebih selamat ketika sync kata laluan.

Opera 32 Dev

Opera juga dilihat menguji sokongan Opera Turbo 2 pada pelayar web versi ini, selain membawakan beberapa kemaskini termasuk dari segi sokongan PDF dan sebagainya.

Opera Dev 32 sedia untuk dimuat-turun untuk versi Windows, Mac dan juga Linux. Kita mungkin dapat melihat sejumlah fungsi ini hadir ke versi stabil dalam beberapa minggu lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd