Carian
Fitbit Memasuki Malaysia Secara Rasminya – Memperkenalkan Sejumlah Peranti Memfokuskan Kecergasan
June 22, 2015 Aman

Fitbit hari ini secara rasminya memasuki pasaran tempatan, dan pada masa yang sama memperkenalkan sejumlah peranti baru untuk pasaran tempatan secara rasminya. Malaysia merupakan negara kedua Fitbit memasuki secara rasmi di Asia Tenggara selepas dilancarkan secara rasmi di Thailand.

Fitbit Malaysia

Bagi yang tidak mengenali akan Fitbit, ia merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada pengeluaran dan penawaran peranti kecergasan – sekaligus membawa kepada gaya hidup yang lebih aktif dan sihat. Seperti biasa, pengguna boleh menghubungkan peranti Fitbit ke telefon pintar dan memantau aktiviti harian anda melaluinya.

Fitbit yang kini merupakan antara pengeluar terkemuka peranti memfokuskan kecergasan juga turut memfokuskan kepada menjadikan fitness lebih menarik berbanding kebiasaan. Pengguna boleh memantau aktiviti mereka melalui Dashboard khusus, selain pada masa yang sama turut bersaing dengan rakan-rakan dan melihat aktiviti mereka.

Fiitbit Malaysia

Untuk pemantauan harian, Fitbit menawarkan beberapa peranti mereka, iaitu Fitbit Charge, Fitbit Charge HR, dan juga Fitbit Surge.

Fitbit Charge – Gelang tangan pintar yang memantau aktiviti harian anda, memaparkan statistik kecergasan masa-nyata, serta juga paparan Caller ID padanya. Fitbit Charge turut hadir dengan skrin OLED, pemantauan tidur, serta bateri yang bertahan antara 7-10 hari.

Fitbit Charge HR pula merupakan peranti kecergasan yang turut hadir dengan pemantauan kadar denyutan jantung sepanjang hari, selain fungsi seperti paparan Caller ID, serta pelbagai ciri-ciri Fitbit Charge. Fitbit Charge HR ini hadir dengan masa penggunaan bateri sehingga 5 hari lamanya.

Fitbit Surge

Fitbir Surge pula merupakan sebuah jam yang memfokuskan kepada mereka yang aktif, membolehkan anda memantau kecergasan, serta hadir dengan sokongan integrasi GPS yang sesuai untuk pelbagai jenis sukan seperti berbasikal, berlari dan sebagainya. Sebanyak lapan-sensor hadir untuk memantau pelbagai perkara, termasuk pemantauan kadar denyutan jantung, altimeter dan lain-lain. Fitbit Surge ini hadir dengan masa bertahan bateri sehingga 7 hari lamanya. Pengguna turut boleh mengawal beberapa perkara menggunakan Fitbit Surge ini, termasuk seperti sokongan kawalan muzik, melihat notifikasi SMS dan sebagainya.

Disamping tiga peranti ini, pihak Fitbit juga turut menyertakan beberapa tracker lain untuk pasaran tempatan, termasuk Fitbit Flex, Fitbit One, Fitbit Zip dan juga Fitbit Aria WiFi Smart Scale.

Fitbit Flex

Fitbit Flex merupakan salah satu tracker untuk memantau aktiviti ketika tidur, selain aktiviti seperti langkah perjalanan yang telah anda ambil, kalori yang dibakar dan sebagainya. Fitbit Flex hadir dengan sokongan bateri sehingga 5 hari lamanya.

Fitbit One

Fitbit One pula merupakan sebuah klip yang boleh dipasang pada baju atau seluar anda, yang memudahkan anda memasangnya dan memantau aktiviti harian anda serta menawarkan masa bertahan bateri sehingga 14 hari lamanya.

Fitbit Zip

Fitbit Zip juga merupakan sebuah klip yang memantau aktiviti, jarak langkah perjalanan, kalori yang dibakar dan menariknya hadir dengan masa bertahan bateri sehingga 6 bulan lamanya.

Dan akhir sekali, Fitbit Aria WiFi Smart Scale pula merupakan sebuah penimbang berat yang boleh digunakan untuk menimbang, memantau BMI, serta mengira peratusan lemak badan serta seterusnya sync data untuk memudahkan anda memantau progress anda.

Produk Fitbit ini boleh menyimpan data kecergasan pada peranti sehingga 30 hari lamanya tanpa sync ke telefon pintar. Kesemua keluarga produk Fitbit ditawarkan melalui penjual seperti RadioShack, All IT Hypermarket, A One Plus, iStore, Harvey Norman dan juga Superbuy.

Fitbit Surge berharga RM968
Fitbit Charge HR berharga RM620
Fitbit Charge berharga RM510

Fitbit Flex berharga RM408
Fitbit One berharga RM408
Fitbit Zip berharga RM250
Fitbit Aria Smart Scale berharga RM525

Komen