Teknik cetakan 3D banyak digunakan sekarang bagi menghasilkan prototaip barang secara pantas. Teknologi ini kini sudah digunakan bagi membina rumah, kenderaan dan juga pakaian. Jadi tidak mengejutkan apabila cetakan 3D kini digunakan di dalam industri pembedahan plastik.
Kerap kita melihat wajah selebriti berubah selepas pembedahan plastik. Kebanyakannya berubah terlalu drastik sehingga hilang wajah asal mereka seperti yang berlaku kepada Michael Jackson. Ini memberikan ilham kepada Doktor Carrie Stern, seorang juru bedah plastik yang beroperasi di New York untuk menggunakan cetakan 3D. Dengan menggunakan teknologi MirroMe3D, pelanggan yang ingin melakukan pembedahan plastik di klinik beliau. tidak perlu risau. Cetakan 3D yang dihasilkan boleh dilihat dan dipegang bagi memberikan gambaran paling tepat wajah selepas prosedur dilakukan. Di Amerika Syarikat tahun lalu 15.4 Juta individu menjalani prosedur pembedahan plastik dan membelanjakan lebih dari $12 Billion.
Buat masa ini cetakan 3D hanya digunakan untuk bahagian wajah dan buah dada. Tiada perancangan untuk menggunakan teknologi ini untuk bahagian tubuh lain yang turut boleh menjalani pembedahan plastik.