Veil – Hijab Dengan Sistem Penyejuk, Kalis Air & Tidak Perlu Digosok Untuk Muslimah Aktif

Veil – Hijab Dengan Sistem Penyejuk, Kalis Air & Tidak Perlu Digosok Untuk Muslimah Aktif

Diterbitkan pada June 22, 2015 oleh .

Fesyen hijab sekarang sudah semakin diterima masyarakat. Pemakaian tudung bawal biasa kini sudah semakin pupus dan digantikan dengan hijab pelbagai bentuk dan warna. Masalah penggunaan hijab masih lagi kekal. Pertama sekali ianya masih panas untuk dipakai di negara beriklim tropika seperti di Malaysia. Kedua kita juga mempunyai musim monsun yang membawa hujan yang lebat. Hijab akan menjadi mudah lencun dan berbau busuk. Dari pengalaman peribadi juga kami sedari isteri akan menghabiskan masa yang lama untuk menggosok kain tudung. Alangkah baiknya jika ada hijab yang tidak perlu digosok, kalis air dan tidak panas untuk dipakai.

Veil ialah projek hijab moden yang menggunakan teknologi fabrik terkini untuk menyelesaikan ketiga-tiga masalah di atas dengan menggunakan fabrik Cool Dry. Ianya tidak perlu digosok. Ianya kalis air dan muslimah tidak perlu risau tudung mereka akan basah apabila hujan turun.  Fabrik moden ini juga mampu memantulkan 80% dam sekaligus memastikan suhu kepala pemakai 10 darjah selsius lebih sejuk berbanding fabrik hijab biasa.

Disamping itu hijab Veil ini juga mempunyai lapisan anti pancaran ultra violet bagi mengurangkan risiko kanser. Projek hijab moden Veil untuk muslimah moden ini adalah sangat bagus. Ia akan mengurangkan ketidakselesaan yang sering dialami oleh pemakai hijab di negara panas seperti Malaysia.

Veil masih mengumpul dana untuk penghasilan secara besar-besaran. Sepasang Veil boleh anda miliki dengan harga $17. Ini masih jauh lebih murah dari harga hijab berjenama terkenal yang kini di pasaran. Sudah tiba masanya teknologi terkini fabrik terkini digunakan untuk pakaian yang mengikut hukum syarak.


TIPS & ULASAN