Bulan Ramadan sudah masuh hari ke-5 hari ini dan di media sosial kami sedari ramai yang memuat naik gambar selepas solat sunat tarawikh. Fenomema selfie selepas solat tarawikh ini kami sedari muncul sejak tahun lalu dan masih popular tahun ini. Jika anda melakukannya mungkin pesanan dari pengerusi Masjilis Agama Negeri Johor ini akan membuatkan akan berfikir sebelum melakukannya di masa hadapan.
Pengerusi Majlis Agama Negeri Johor (MAINJ) Datuk Nooh Gadut dipetik berkata amalan selfie pasca tarawikh ini boleh membawa kepada terhapusnya pahala ibadah yang dilakukan. Menurut beliau beribadah ini adalah cara untuk kita melupakan hal duniawi untuk seketika. Apabila amalan ibadah kemudian diambil gambar bagi menunjukkan anda telah melakukannya, ia boleh menimbulkan perasaan riak kerana ada elemen menunjuk-nunjuk.
Tahun lalu kami laprokan pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim menjatuhkan hukum selfie selepas tarawikh ini harus. Sungguhpun begitu hukum ini akan berubah bergantung kepada niat si pengambil gambar. Pada pandangan Ustaz Muhammad Lukman Ibrahim, mengambil selfie selepas beribadah jatuh hukum harus sekiranya ia mampu membuatkan mereka yang melihat gambar turut mahu mengerjakan ibadah.