SNS Network bersama-sama pihak Intel Malaysia baru sahaja memperkenalkan Joi KinderTab memfokuskan kepada pelajar pra-sekolah dan tadika pada minggu lepas, dan kini mereka turut bersedia untuk memperkenalkan telefon pintar pertama dibawah keluarga Joi.
Telefon pintar Joi ini dipanggil sebagai JOI Phone 5 – berkemungkinan membawakan skrin bersaiz 5-inci. Ia juga bakal dijana menggunakan cip pemprosesan Intel Atom x3. Pihak SNS Network menjadualkan untuk memperkenalkannya secara rasmi di Malaysia pada 26 Jun 2015 ini.
Selain daripada telefon pintar, pihak SNS Network dan juga Intel Malaysia turut bakal memperkenalkan JOI 7 Lite – sebuah tablet bersaiz 7-inci berasaskan kepada cip pemprosesan Intel Atom x3 pada acara yang sama.