Cari @ Amanz

Huawei sebelum ini telah membuka pendaftaran minat untuk mencuba versi beta untuk Android 5.1 dan juga EMUI 3.1 pada Huawei P7 dan juga Mate 7. Kini, anak syarikat mereka, Honor turut membuka pendaftaran minat untuk ujian versi sama tetapi untuk peranti Honor 6.

Melalui halaman pendaftaran minat, pihak Honor Malaysia mengatakan Android 5.1 dan juga EMUI 3.1 ini bakal membawakan beberapa perkara baru, termasuk sokongan light-painting serta mod rakaman malam yang baru. Disamping itu, latar dan juga warna tulisan pada panel notifikasi juga turut dikemaskini. Sokongan lain yang dibawakan oleh Android 5.1 turut dijangka akan diintegrasikan pada kemaskini ini.

Bagi anda yang menggunakan Honor 6, anda boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Android 5.1 / EMUI 3.1 versi beta ini pada peranti anda, sebelum ia diperkenalkan secara meluas kepada semua pengguna dalam beberapa bulan lagi.

Honor 6 EMUI 3.1

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd