Cari @ Amanz

Google pada bulan lepas telah memperkenalkan Android M Developer Preview yang ditawarkan kepada beberapa peranti Nexus. Kini, selain daripada Google, pihak Sony turut hadir dengan program yang sama, membolehkan pengguna beberapa peranti Xperia untuk memuat-turun dan mencuba Android M Developer Preview.

Seperti biasa, kemaskini ditujukan kepada para pembangun aplikasi, membolehkan mereka menguji aplikasi mereka dibawah Android M, tanpa perlu risau untuk mendapatkan peranti Nexus. Melalui Android M, pihak Google menyertakan beberapa fungsi baru, termasuk salah satunya adalah kebolehan untuk mengawal kebenaran yang diakses oleh sesuatu aplikasi.

Jika anda merupakan pengguna Xperia, termasuk Xperia Z3, Xperia Z3 Compact, Xperia Z2, Xperia Z1, Xperia Z1 Compact, Xperia Z Ultra, Xperia E3, Xperia M2, dan juga Xperia T3, anda boleh memuat-turun Android M Developer Preview dan mencubanya sendiri pada peranti anda hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd