Cari @ Amanz

Jika anda pernah menonton filem James Bond, Tomorrow Never Dies, mungkin anda ingat akan aksi kawalan kenderaan menggunakan telefon. Perkara tersebut kini menjadi kenyataan, apabila pihak Land Rover memperlihatkan sebuah sistem prototaip yang membolehkan kenderaannya dikawal menggunakan telefon pintar.

Land Rover mengatakan melalui penggunaan sistem ini, ia membolehkan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka – terutamanya ketika melalui jalan yang sukar untuk dipandu oleh seorang diri. Disamping itu, Land Rover juga memperlihatkan kebolehan untuk menggunakan aplikasi berkenaan bagi mengeluarkan kenderaan daripada tempat parkir yang sempit.

Kawalan kenderaan menggunakan telefon pintar ini juga masih terhad buat masa ini, dimana Land Rover mengatakan ia hanya boleh digunakan pada kelajuan sekitar 6.5 kilometer sejam sahaja.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd