Microsoft Menerangkan Penawaran Windows 10 Untuk Windows Insider – Percuma Sehingga Daftar Keluar Daripada Windows Insider

Microsoft Menerangkan Penawaran Windows 10 Untuk Windows Insider – Percuma Sehingga Daftar Keluar Daripada Windows Insider

Diterbitkan pada June 23, 2015 oleh .

Microsoft pada penghujung minggu lepas telah berkongsi penawaran Windows 10 untuk Windows Insider, sebelum mengubah beberapa kenyataan mereka. Kini, gergasi perkomputeran dari Amerika Syarikat berkenaan menerangkan lebih lanjut mengenai penawaran mereka bagi Windows 10 untuk Windows Insider.

Panduan Windows 10 Technical PreviewMenurut Microsoft, pengguna yang berdaftar dengan program Windows Insider akan dapat kekal menggunakan sistem operasi Windows terbaru ini walaupun selepas Windows 10 dilancarkan. Apa yang akan membezakan dengan penawaran kepada pengguna umum adalah dimana pengguna dibawah Windows Insider akan diperlukan untuk kekal berdaftar dibawah program berkenaan dan akan menerima build baru untuk sistem operasi Windows dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, penawaran dibawah program Windows Insider membawakan sistem operasi yang boleh dikatakan masih pada peringkat ujian – dan masih tidak stabil sepenuhnya. Microsoft sendiri menasihatkan ia tidak digunakan pada komputer utama memandangkan mungkin mempunyai masalah pepijat yang tidak dikenal-pasti lagi. Jika anda sanggup menggunakannya dibawah terma Windows Insider, dan pada masa yang sama menawarkan maklumbalas mengenainya kepada Microsoft, maka anda akan dapat terus menggunakan sistem operasi Windows tanpa masalah dan perlu mengemaskini build terkini apabila ia dikeluarkan.

Ini kerana, setiap versi build untuk Windows 10 yang dikeluarkan mempunyai tarikh luputnya tersendiri, dan pengguna Windows Insider perlu sering mengemaskini untuk menikmati versi terkini dan menjadikan sistem operasi anda kekal aktif.

Tetapi jika sebaliknya, dimana anda tidak ingin berdaftar lagi dibawah program Windows Insider selepas Windows 10 dilancarkan pada 29 Julai kelak, maka anda akan memerlukan kemaskini naik-taraf rasmi daripada Windows 7 atau Windows 8.1 untuk kekal menggunakannya – ataupun mendapatkan lesen rasmi untuk Windows 10.


TIPS & ULASAN