Cari @ Amanz

Pada Facebook, jika anda sering memuat-naik gambar, anda mungkin ketahui yang mana algoritma terbina pada laman sosial berkenaan boleh mengenal-pasti seseorang dengan menggunakan gambar wajah. Kini, algoritma berkenaan melangkah setapak kehadapan lagi, apabila kini dikatakan Facebook boleh mengenal-pasti seseorang walaupun gambar wajah adalah kabur atau tidak kelihatan.

Algoritma dan teknologi disebaliknya masih sedang dibangunkan buat masa ini, dan diuji secara dalaman di Facebook sahaja tanpa diperkenalkan lagi secara rasminya pada laman sosial berkenaan.

Untuk menjayakan perkara ini, algoritma berkenaan mengimbas beberapa aspek, seperti dari segi pakaian yang dipakai, persekitaran di belakang, dan sebagainya. Bagaimana ia dijayakan sepenuhnya masih tidak dikongsikan pihak Facebook.

Menurut mereka, Facebook telah membuat ujian daripada beberapa gambar awam di Flickr, dimana daripadanya, kadar pengenal-pastian yang berjaya adalah sekitar 83%.

Seperti biasa, ini merupakan salah satu perkara yang menarik dalam arena teknologi memandangkan teknologi kini boleh mengenal-pasti seseorang walaupun tidak melihat pada gambar dan sebagainya. Tetapi, pada masa yang sama, salah satu perkara yang menimbulkan ketidak-selesaan ramai adalah apabila ia juga akan menimbulkan masalah dari segi privasi dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd