(Konsep) Sony Talkman : Sekiranya Sony Menghasilkan Telefon Pintar Pada Tahun 1979

(Konsep) Sony Talkman : Sekiranya Sony Menghasilkan Telefon Pintar Pada Tahun 1979

Diterbitkan pada June 23, 2015 oleh .

Sony Walkman dihasilkan pada tahun 1979 dan mengubah landskap dunia pemain muzik mudah alih. Selama hampir dua dekad jenama Walkman dikaitkan dengan sistem audio muda alih berkualiti dan hanya jatuh selepas iPod memasuki pasaran. Ketika di asrama dahulu individu yang memiliki sebuah Sony Walkman dilihat sebagai anak orang kaya. Yang tidak mampu terpaksa menggunakan jenama lebih marhaen seperti Aiwa ataupun Sunai.

talkman_05

Apakah terjadi sekiranya Sony sudah menghasilkan telefon pintar sejak 1979? Ini ialah konsep yang dihasilkan oleh Pierre Cerveau. Konsep Sony Talkman ialah rupa sebuah peranti pintar yang diilhamkan oleh Walkman pertama. Sebelum ini kami paparkan konsep MAcintosh Phone yang turut direka beliau.

Rekaan retro yang menaik. Jika Sony boleh menghasilkan PlayStation 4 edisi khas 20 tahun PlayStation kami percaya mereka boleh menghasilkan sebuah peranti Xperia yang mempunyai rekaan warna retro seperti ini.

talkman_04

talkman_02


TIPS & ULASAN