17 Muka Jam Rasmi Baru Dari Google Boleh Dimuat Turun Peranti Android Wear

17 Muka Jam Rasmi Baru Dari Google Boleh Dimuat Turun Peranti Android Wear

Diterbitkan pada June 23, 2015 oleh .

Di Google Play pengguna jam tangan pintar Android Wear mempunyai pilihan sebanyak 1300 muka jam untuk peranti mereka. Kebanyakannya adalah muka jam yang direka oleh pihak ketiga dan menimbulkan kemarahan pemegang hak intelek asal. Menyedari hakikat ini 17 muka jam rasmi baru dihasilkan untuk Android Wear hari ini. Antara rekaan rasmi yang boleh anda muat turun sekarang ialah Angry Birds, Gundam. Hello Kitty, Muji, Bang & Olufsen dan Terminator Genisys. Pengenalan muka jam baru ini memberikan pengguna jam Android Wear lebih banyak pilihan berbanding pengguna Apple Watch.

Android Wear Muka Jam

Buat masa ini hanya terdapat 11 muka jam yang boleh digunakan pada Apple Watch. Kesemua aspek antaramuka 11 muka jam ini boleh dikustomasikan oleh pengguna mengikut keperluan mereka. Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Apple masih lagi mengharamkan aplikasi muka jam oleh pihak ketiga di App Store bagi mengelakkan penyalahgunaan harta intelek seperti yang berlaku pada Android Wear.

Pengguna Android Wear mungkin mempunyai lebih banyak pilihan muka jam. Sungguhpun begitu muka jam Mickey Mouse yang kerap diiklankan untuk Apple Watch masih lagi eksklusif untuk jam tangan pintar ini.

 


TIPS & ULASAN