(Ura-Ura) iPhone Mungkin Tidak Akan Menggunakan Butang Home Di Masa Hadapan

(Ura-Ura) iPhone Mungkin Tidak Akan Menggunakan Butang Home Di Masa Hadapan

Diterbitkan pada June 23, 2015 oleh .

Butang fizikal home pada bahagian hadapan iPhone sudah wujud sejak generasi pertama lagi. Rekaan ikonik ini dijadikan bukti oleh Apple bahawa Samsung meniru rekaan peranti mereka. Kini terdapat ura-ura bahawa Apple mungkin tidak akan lagi menggunakan butang fizikal ini pada peranti mereka di masa hadapan.

Iphone-no-home-button

Ura-ura bertiup kencang selepas Apple dilihat membangunkan cip yang menggabungkan fungsi sentuhan dan paparan pada waktu yang sama. Teknologi ini membolehkan cap jari diimbas menggunakan skrin peranti dan bukannya pengimbas khas seperti TouchID sekarang. Pada waktu yang sama Apple sudah mempatenkan teknologi mengimbas cap jari menggunakan skrin sejak tahun 2013.

Penggunaan peranti tanpa butang fizikal di hadapan mempunyai beberapa kelebihan. Pertama sekali masalah butang home yang rosak akan dapat dielakkan di masa hadapan. Skrin yang lebih besar juga boleh digunakan tanpa peranti menjadi terlalu panjang. Pada masa yang sama ia akan turut membawa masalah kerana penggunaan butang home fizikal sekarang sangat penting untuk melancarkan Siri serta skrin multitasking peranti iOS. Secara peribadi kami mahukan peranti tanpa butang fizikal dan butang kapasitif pada bahagian dagu. Peranti dengan butang navigasi yang terpapar di atas skrin adalah yang paling mesra pengguna dan mempercepatkan tugasan.

apple_fingerprint_patent


TIPS & ULASAN