Kini Anda Boleh Menyembunyikan Google+ Daripada Bar Notifikasi Google

Kini Anda Boleh Menyembunyikan Google+ Daripada Bar Notifikasi Google

Diterbitkan pada June 23, 2015 oleh .

Jika anda kerap menggunakan perkhidmatan Google di web, salah satu perkara yang sering anda dapat lihat adalah bar notifikasi Google yang diposisikan pada bahagian kanan atas, memperlihatkan notifikasi daripada produk Google seperti Google+ dan sebagainya. Ia mungkin menganggu anda untuk melihat sejumlah notifikasi yang tidak dibaca, terutamanya jika ia daripada Google+.

Notifikasi Google

Kini Google dilihat telah mengubah tetapan pada paparan notifikasi, membolehkan pengguna untuk memilih mereka ingin melihat notifikasi daripada perkhidmatan yang mana satu. Buat masa ini, pengguna boleh menetapkan sama ada ingin melihat notifikasi daripada Google+ ataupun Google Photos sahaja, dan mungkin Google akan menambah lebih banyak perkhidmatan tidak lama lagi.

Jadi, bagi anda yang sering menggunakan perkhidmatan Google di web, mungkin anda boleh menyemak tetapan notifikasi Google, dan mengoptimasikannya mengikut kehendak anda.


TIPS & ULASAN