Carian
CloneApp Membolehkan Anda Membuat Salinan Pendua Data Untuk Dipindahkan Ke Komputer Baru
June 23, 2015 Aman

Dengan Windows 10 yang bakal menyusul, mungkin ramai yang sedang dalam persiapan untuk membuat salinan data pendua untuk pelbagai perisian yang tersimpan pada komputer, sebelum memindahkannya ke komputer atau ke pemasangan Windows 10 yang baru. Terdapat beberapa perisian yang memudahkan proses tersebut, dan salah satu yang baru kami temui adalah CloneApp.

CloneApp

CloneApp membawakan antaramuka ringkas – seumpama CCleaner yang popular. Menggunakannya, ia akan mengimbas komputer untuk perisian yang terpasang, dan kemudian ia akan memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat salinan pendua untuk perisian yang dikehendaki anda. Sebaik sahaja anda memilih apa yang ingin dibuat salinan, CloneApp akan membuat salinan untuk tetapan, data, dan juga registry key.

Seterusnya pada komputer atau pemasangan Windows yang baru, anda boleh sekali lagi menjalankan CloneApp dan memilih Restore untuk membawa tetapan berkenaan kembali.

CloneApp merupakan perisian bersaiz kecil – kurang daripada 1MB, dan boleh digunakan secara portable tanpa perlu memasangnya pada komputer anda. Ia ditawarkan untuk Windows sahaja buat masa ini.

Komen