Cari @ Amanz

Google telah menguji fungsi Undo Send di web sejak beberapa tahun lepas, dibawah program GMail Labs. Selepas ia diperkenalkan pada Inbox sebelum ini, Google kini turut telah menambah sokongan Undo Send ini kepada semua pengguna GMail di web.

Dengan mengaktifkan fungsi ini, pengguna boleh membuat undo untuk penghantaran emel. Ia berfungsi dengan GMail melambatkan penghantaran emel berkenaan – sehingga 30 saat, dimana pengguna boleh menekan undo jika terdapat sebarang kesilapan dan membetulkannya sebelum menghantar ia.

GMail Undo Send

Walaupun ramai mungkin beranggapan fungsi ini tidak begitu berguna, tetapi ia seperti menjadi salah satu kebiasaan untuk menemui sesuatu typo atau terlupa untuk attach selepas menekan butang Send. Fungsi Undo Send ini memudahkan perkara tersebut dibaiki sebelum dihantar kepada penerima.

Fungsi ini akan diperkenalkan kepada semua secara berperingkat, dimana anda boleh mengaktifkannya dengan ke halaman GMail Settings, memilih General dan mengaktifkannya di sana.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd