Google Memperlihatkan Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Pemantauan Kesihatan

Google Memperlihatkan Gelang Tangan Pintar Memfokuskan Pemantauan Kesihatan

Diterbitkan pada June 24, 2015 oleh .

Bahagian Google X sebelum ini telah hadir dengan beberapa produk yang menarik, dan terkini mereka memperlihatkan sebuah gelang tangan pintar yang memfokuskan kepada pemantauan kesihatan para pengguna.

Google Band

Melalui peranti pintar ini, ia boleh memantau sejumlah data, termasuk kadar denyutan jantung, rima jantung, suhu kulit, serta informasi persekitaran seperti cahaya persekitaran dan juga kekuatan bunyi.

Google menyasarkan ia lebih memfokuskan kepada tujuan kesihatan dan tidak akan dipasarkan kepada pengguna umum, tetapi sebaliknya digunakan oleh pesakit atau untuk tujuan klinikal.

Google berharap dimana pada masa akan datang, peranti seperti gelang tangan pintar ini mungkin boleh digunakan oleh para pengguna untuk mengenal-pasti kesan awal sesuatu penyakit dan mengatasinya dengan pantas.

Google akan memulakan ujian untuk gelang tangan ini dan bekerjasama dengan para pengkaji untuk menguji keberkesanannya dan pada masa yang sama mendapatkan kebenaran pihak berkuasa di Amerika Syarikat dan juga Eropah.


TIPS & ULASAN