Dropbox Untuk Android 3.0 Kini Menawarkan Antaramuka Material Design Kepada Semua

Dropbox Untuk Android 3.0 Kini Menawarkan Antaramuka Material Design Kepada Semua

Diterbitkan pada June 24, 2015 oleh .

Dropbox telah menguji antaramuka Material Design pada aplikasi Android mereka sejak beberapa minggu yang lepas, dan kini Dropbox secara rasminya mengumumkan pengenalan Dropbox 3.0 untuk Android beserta sejumlah fungsi baru yang dibawakan oleh aplikasi berkenaan.

Dropbox 3.0 untuk Android ini hadir dengan antaramuka mesra Android terbaru yang disesuaikan dengan pelbagai saiz skrin. Pengguna kini turut dipaparkan dengan butang “+” pada bahagian kanan bawah, memudahkan pengguna untuk menambah sesuatu dokumen seperti nota, gambar dan sebagainya dengan pantas.

Dropbox untuk Android

Dropbox juga turut mengatakan kini pencarian dokumen yang disimpan pada Dropbox di Android lebih pantas berbanding sebelum ini, selain carian boleh dilakukan dengan menekan butang carian yang terletak pada bahagian atas aplikasi.

Seperti pengenalan kemaskini aplikasi Android yang lain, Dropbox untuk Android ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna bermula hari ini.

Muat-Turun Dropbox untuk Android


TIPS & ULASAN