Jailbreak Untuk iOS 8.3 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Jailbreak Untuk iOS 8.3 Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada June 24, 2015 oleh .

Bagi sejumlah kecil pengguna peranti iOS seperti iPad dan juga iPhone, mungkin ada kalanya anda inginkan untuk menambah beberapa tweak yang memerlukan anda untuk jailbreak peranti anda. Bagi anda yang menggunakan iOS 8.3, dan ingin jailbreak akan peranti anda, ini mungkin suatu berita yang dinantikan.

Jailbreak iOS 8.3

Jailbreak untuk iOS 8.3 ini hadir daripada TaiG dan hanya tersedia untuk pengguna Windows sahaja buat masa ini.

Jika anda ingin jailbreak peranti anda, anda boleh memuat-turun TaiG Jailbreak Tool untuk Windows sebagai persediaan.

Muat-Turun TaiG Jailbreak Tool

Pada peranti anda, pergi ke halaman Settings > Touch ID dan tukarkan Passcode kepada Off. Perkara sama juga perlu dilakukan pada Find My iPhone, dimana anda perlu ke Settings > iCloud > Find My iPhone dan ubahnya kepada Off.

Selepas melaksanakan kedua-dua perkara ini, hubungkan peranti iOS 8.3 anda ke komputer, dan jalankan TaiG Jailbreak Tool yang dimuat-turun tadi. (Pastikan anda tidak tandakan 3K Assistant, dan kekalkan pilihan Cydia).

Mulakan proses berkenaan, dan kemudian selepas seketika, peranti anda akan tersedia dengan Cydia terpasang padanya untuk memudahkan anda menambah pelbagai jenis tweak yang dikehendaki.


TIPS & ULASAN