Carian
Batman Arkham Knight Dilaporkan Bermasalah Pada Platform PC
June 24, 2015 Effi Saharudin

Batman Arkham Knight dilancarkan semalam untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Kami sempat menghabiskan beberapa jam selepas tarawikh semalam di dalam dunia Gotham pada konsol kami. Harus kami akui kualiti grafik permainan ini memang menakjubkan. Malang sekali sekiranya anda memiliki permainan ini pada platform PC. Majoriti pengguna PC melaporkan terdapat pelbagai masalah grafik dan pepijat audio pada permainan mereka. Yang mendatangkan kemarahan paling tinggi ialah permainan ini dihadkan kepada 30 frame sesaat sahaja walaupun pada PC yang berspesifikasi tinggi. Pengguna PC kini menuduh pihak Rocksteady melebihkan pengguna konsol berbanding mereka. Semasa dilancarkan semalam sudah ada patch sebesar hampir 4 Gigabyte untuk konsol PlayStation 4 bagi membaiki masalah pepijat.

Rocksteady kini dilaporkan sedang berusaha untuk menghasilkan patch untuk platform PC bagi memperbaiki masalah grafik dan pepijat yang telah dilaporkan. Tidak pasti sama ada had 30 frame sesaat yang diletakkan turut akan dibuang selepas patch dihasilkan kelak. Sementara itu mungkin anda perlu menunggu dahulu sebelum meneruskan permainan pada versi PC.

Batman-Arkham-City

 

Komen