Strawberry Tree ialah sebuah lagi projek bangku dengan panel solar dan pengecas terbina untuk kegunaan taman-taman awam. Ianya dihasilkan di Serbia dan dihasilkan bagi memenuhi kehendak manusia moden yang tertambat kepada peranti sungguhpun ketika berada di luar. Seperti projek eTree di Israel anda Soofa di San Francisco, Strawberry Tree cuba mencipta semula bangku yang digunakan di taman-taman awam. Kesemua bangku solar ini juga dibina menggunakan 98% bahan yang dikitar semula.
Sebuah bateri berkapasiti 4.7 KWh digunakan bagi menyimpan tenaga elektrik yang dijana dan ia boleh mengecas peranti selama 20 hari secara berterusan sekiranya kuasa tidak dijana oleh panel solar. Sebanyak 16 stesen pengecasan diletakkan pada setiap bangku maka anda tidak perlu risau untuk berebut dengan pengunjung taman yang lain.
Selain membekalkan tenaga elektrik yang dijana secara lestari, kesemua bangku Strawberry Tree turut mengesan tahap pencemaran udara dan menjadi hotspot WiFi percuma. Melalui sistem pengesanan alam sekitar, pihak wajib dan melihat sendiri tahap kualiti udara secara berterusan. Setakat ini beberapa Strawberry Tree telah digunakan di seluruh Serbia. Kota London turut dilaporkan mungkin akan memasang beberapa Strawberry Tree di kawasan awam.