Cari @ Amanz

SoloCam

Kerap kali juga kami mengalami masalah untuk merakan video ketika menghadiri majlis pelancaran produk. Kami selalunya hadir seorang diri dan perlu merakam gambar, merakam video dan menulis artikel secara seorang diri. Untuk melaporkan berita seperti di televisyen adalah sesuatu yang agak mustahil kerana kami tidak berapa suka membawa tripod.

SoloCam ialah kayu selfie dengan mikrofon terbina yang direka khas untuk orang seperti kami. Kini kami boleh merakam video walaupun seorang diri .Aplikasi khas SoloCam pula membolehkan fungsi kamera dikawal secara terus dari kayu pemegang. Fungsi tambahan seperti teleprompter terbina turut disertakan.SoloCam sesuai digunakan bersama telefon pintar. kamera kompak dan juga kamera GoPro. Ia boleh dimiliki pada harga $49 sebatang. Adakah SoloCam akan membawa perubahan pada video Vlog sepertimana kayu selfie merubah landskap mengambil gambar selfie? Kita hanya perlu tunggu dan lihat.

SoloCam-2

 

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd