Humble Bundle Hadir Dengan Penawaran Diskaun Hebat Untuk Siri Permainan Borderlands

Humble Bundle Hadir Dengan Penawaran Diskaun Hebat Untuk Siri Permainan Borderlands

Diterbitkan pada June 24, 2015 oleh .

Humble Bundle merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan sejumlah permainan (terdiri daripada penerbit terkemuka mahupun indie), dan pengguna boleh tetapkan berapa mereka ingin bayar. Terkini, untuk dua minggu ini, mereka hadir dengan penawaran diskaun untuk siri permainan Borderland di PC.

Humble Borderlands Bundle

Borderland merupakan salah satu permainan berbentuk aksi FPS, dan ditawarkan untuk pelbagai platform. Melalui penawaran Humble Bundle ini, mereka menawarkan permainan Borderlands, Borderlands : The Zombie Island of Dr Ned, Borderlands : Mad Moxxi’s Underdome Riot, dan juga Borderlands : The Secret Armory of General Knoxx – yang boleh didapati pengguna dengan membuat sebarang nilai sumbangan. Penawaran asas ini, hanya ditawarkan kepada pengguna di Windows sahaja.

Jika pengguna membuat sumbangan purata ($5.76 ketika artikel ini ditulis), anda akan menerima Borderlands 2 dan beberapa DLC tambahan yang bukan sahaja menyokong Windows, tetapi juga Linux serta Mac.

Pengguna juga turut boleh mendapatkan beberapa DLC tambahan lain dengan membuat sumbangan minimum $15 di Humble Bundle.

Penawaran Humble Borderlands Bundle ini akan ditawarkan sehingga 7 Julai kelak, dan seperti biasa pengguna boleh memilih bagaimana sumbangan tersebut akan dipecahkan, termasuk untuk badan kebajikan.

Layari : Humble Borderlands Bundle


TIPS & ULASAN