Kemas kini peranti akan mengambil ruang yang besar. Ini adalah pengalaman yang sudah biasa kami lalui terutamanya jika anda menggunakan peranti yang menggunakan antaramuka sendiri seperti Samsung. Kemas kini boleh mencecah sehingga 800 Megabyte dan kerap kali peranti tidak mempunyai ruang yang cukup untuk memuat turunnya. Ini juga masalah yang melanda peranti iOS.
Dengan iOS 9 masalah ruang tidak mencukupi untuk memuat turun akan menjadi masalah lampau. Sistem operasi terkini Apple ini akan membuang beberapa aplikasi secara sementara bagi memberikan ruang yang secukupnya untuk muat turun. Selepas kemas kini dilakukan ia akan memuat turun semula aplikasi yang dibuang tadi. Ini adalah sebuah fungsi yang bukan sahaja bijak tetapi memudahkan proses kemas kini sistem operasi di masa hadapan. Diharap fungsi sebegini akan menjadi ikutan sistem operasi lain di masa hadapan.