Google telah memperkenalkan halaman khusus bersempena Ramadan sejak minggu lepas, dan hari ini pihak Google Malaysia mengambil masa sedikit dalam memperkenalkan laman khusus berkenaan untuk pasaran tempatan. Di Malaysia, laman berkenaan dikenali dengan nama “Teman Ramadan Saya”.
Melalui laman berkenaan, Google mempunyai kurator tersendiri dalam menyusun kandungan tersebut khusus untuk pasaran tempatan. Google menyusun kandungan mengikut beberapa kategori, termasuk makanan, hiburan dan juga perancangan.
Pada halaman utama “Teman Ramadan Saya” sendiri, pihak Google berkongsi maklumat asas seperti waktu berbuka, pasar ramadan berdekatan, masjid berdekatan, dan juga kandungan video berkaitan. Google turut menyenaraikan sejumlah aplikasi Android menarik yang boleh dimuat-turun oleh pengguna bersempena dengan bulan Ramadan ini.
Bagi pengguna tempatan, anda boleh layari laman “Teman Ramadan Saya” dan memilih pilihan Bahasa Malaysia untuk menikmati kandungan dari Malaysia.
- Info
- Layari : Google Teman Ramadan Saya