Cari @ Amanz

Microsoft hari ini secara rasminya telah pun melancarkan tiga aplikasi pejabat utama mereka, iaitu Word, Excel dan PowerPoint untuk para pengguna telefon Android. Microsoft sebelum ini telah menawarkan Office untuk tablet Android, dan pengenalan ini melengkapkan penawaran Microsoft Office untuk peranti Android.

Microsoft beberapa minggu lepas telah memulakan ujian Office Preview untuk telefon Android, dan pengenalan rasmi ini memperlihatkan ia telah mencapai fasa stabil dan sedia digunakan secara meluas oleh semua pengguna seluruh dunia.

Office Android

Menggunakan Office untuk Android, pengguna boleh membaca dokumen Word, Excel, atau PowerPoint terus pada telefon pintar Android mereka, selain membuat penyuntingan serta membuat dokumen dengan pantas melaluinya.

Microsoft turut mengumumkan sejumlah rakan kerjasama mereka akan menyertakan aplikasi ini secara terbina pada peranti mereka, termasuk seperti Samsung, LG dan Sony.

Bagi pengguna telefon Android, anda boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Office ini secara percuma dari Google Play Store hari ini. Selain itu, Microsoft turut menawarkan ia melalui Samsung Galaxy Store.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd