Cari @ Amanz

Sehingga kini, jika ingin menggunakan Facebook Messenger, pihak Facebook hanya memaparkan pilihan untuk log masuk menggunakan akaun Facebook sahaja. Perkara tersebut dilihat akan berubah tidak lama lagi kepada pengguna seluruh dunia, apabila kini Facebook telah memperkenalkan kaedah log masuk dan mendaftar baru untuk perkhidmatan berkenaan.

Facebook Messenger

Melalui apa yang diperkenalkan di Kanada, Amerika Syarikat, Peru dan Venezuela, pengguna boleh menggunakan Facebook Messenger tanpa memerlukan akaun Facebook. Ketika pendaftaran, pengguna hanya perlu mendaftar menggunakan nombor telefon – seperti beberapa perkhidmatan permesejan yang lain. Fungsi sama dijangka akan diperluaskan ke seluruh dunia pada masa akan datang.

Walaubagaimanapun, Facebook menekankan penggunaan akaun Facebook akan membawa kepada beberapa kelebihan, termasuk penggunaan pada multi-peranti berbanding penggunaan kaedah pendaftaran baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd