Cari @ Amanz

Gameloft merupakan salah satu penerbit permainan pada peranti mudah-alih yang popular, dimana mereka pernah hadir dengan permainan seperti Modern Combat, Asphalt dan sebagainya. Kini, mereka turut menerbitkan sebuah lagi permainan baru memfokuskan kepada genre strategi, dinamakan sebagai SiegeFall.

Siegefall

SiegeFall membawakan bentuk permainan strategi yang mana memerlukan pemain membuat tentera tersendiri yang terdiri daripada pelbagai watak berbeza, dan seterusnya menggunakan mereka dalam memperluaskan kawasan jajahan mereka. Pengguna juga turut boleh mendapatkan Hero yang membawa kuasa serangan yang lebih tinggi daripada watak biasa yang lain.

Bagi anda yang mempunyai peranti mudah-alih, mungkin boleh memuat-turun permainan strategi ini yang ditawarkan untuk iPhone, Android dan juga Windows Phone.

Mungkinkah ini akan menjadi salah satu permainan popular seumpama Clash of Clans?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd