(Ura-Ura) Windows 10 Akan Dijual Di Dalam Pemacu Ibu Jari
Artikel Berkaitan

(Ura-Ura) Windows 10 Akan Dijual Di Dalam Pemacu Ibu Jari

Diterbitkan pada June 25, 2015 oleh .

Windows-10-USBBerapa ramaikah di antara anda yang masih mempunyai pemacu optikal? Di makmal Amanz hanya dua komputer sahaja yang masih mempunyai pemacu DVD yang itupun kali terakhir digunakan beberapa tahun yang lalu. Hampir 90% komputer riba yang kami ulas sejak 12 bulan yang lalu juga tidak lagi mempunyai pemacu optikal. Bolehlah kesimpulan dilakukan bahawa medium cakera padat sudah hampir mencapai tahap kepupusan. Sejak dua tahun kebelakangan ini juga kami sedari maklumat produk lebih kerap diberi di dalam pemacu ibu jari berbanding cakera padat.

Kini muncul ura-ura yang mengatakan Windows 10 Home dan Professional akan dijual di dalam pemacu ibu jari. Penggunaan pemacu ibu jari sebenarnya idea yang bagus atas beberapa sebab. Pertama sekali ialah ia tidak mudah rosak seperti sebuah cakera padat. Dari pengalaman peribadi cakera padat mudah tercalar sehingga sukar untuk dibaca. Kedua ialah kadar pemindahan data dari sebuah pemacu ibu jari USB 2.0 adalah lebih pantas dari sebuah pemacu DVD. Kadar pemindahan terpantas sebuah pemacu DVD ialah sekitar 33 MB/s manakala untuk USB 2.0 pula ialah sekitar 60 MB/s. Diharap ura-ura ini akan menjadi kenyataan kerana kita sudahpun hidup di dunia pasca cakera optikal sama seperti kita tidak lagi memerlukan cakera lembut.

 


TIPS & ULASAN