Logitech merupakan salah satu pengeluar aksesori terkemuka untuk komputer dan peranti mudah-alih. Hari ini, Logitech Malaysia telah pun mengumumkan produk terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu sebuah tetikus dinamakan sebagai Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse.
Tetkius ini hadir dengan Darkfield Laser Sensor, dimana ia membolehkan tetikus Logitech MX Anywhere 2 ini digunakan pada sebarang permukaan – termasuk pada kaca tanpa sebarang masalah. Perkara ini sekaligus menjadikan tetikus ini sebuah aksesori yang sangat berguna bagi anda yang sering bertugas di luar atau menggunakan mobile-office.
Logitech MX Anywhere 2 ini boleh digunakan bersama-sama komputer Windows atau Mac, dimana ia dihubungkan menggunakan Bluetooth. Pada sesuatu masa, pengguna boleh menghubungkan tetikus ini kepada tiga peranti, dan mengubah kawalan untuknya melalui butang khusus dinamakan sebagai Logitech Easy-Switch.
Pengguna Mac juga boleh mengubah beberapa kawalan tetapan untuk tetikus ini dengan membuat perubahan pada Logitech Options – sekaligus membawakan beberapa ciri-ciri touch-gesture menggunakan tetikus ini.
Logitech MX Anywhere 2 Wireless Mobile Mouse ini akan ditawarkan di Malaysia bermula bulan Julai 2015 ini pada harga RM329.