Oppo Menjadualkan 7 Julai Untuk Pelancaran Keluarga Peranti R7 Di Malaysia

Oppo Menjadualkan 7 Julai Untuk Pelancaran Keluarga Peranti R7 Di Malaysia

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Oppo telah memperkenalkan Oppo R7 dan Oppo R7 Plus pada bulan lepas, dan kini Oppo Malaysia telah mula menghantar jemputan media untuk sebuah acara yang dijadualkan pada 7 Julai kelak. Oppo Malaysia dijangka akan memperkenalkan peranti dibawah keluarga Oppo R7 pada hari tersebut.

Melalui Sirim dan desas-desus sebelum ini, Oppo dilihat akan memperkenalkan dua peranti baru, iaitu Oppo R7 Plus dan juga Oppo R7 Lite di Malaysia. Seperti biasa, ia bakal terjawab pada acara yang dijadualkan pada tarikh sinonim dengan angka “7” bulan hadapan.

Oppo R7

Keluarga peranti Oppo R7 hadir dengan rekaan premium berasaskan kepada logam, selain turut menyertakan sokongan pengecasan pantas VOOC. Oppo turut menggunakan antaramuka tersendiri dinamakan sebagai ColorOS pada peranti ini, selain mengekalkan rekaan yang nipis dan ringan. Kedua-dua peranti ini dijangka dilengkapi sokongan dwi-SIM serta rangkaian 4G LTE.

Seperti biasa, kita akan mendengar lebih lanjut mengenai apakah penawaran Oppo untuk Malaysia pada 7 Julai kelak.


TIPS & ULASAN