Tumblr Memperkenalkan Tumblr TV – Laman Untuk Mengikuti Dan Menonton Pelbagai GIF Terbaru

Tumblr Memperkenalkan Tumblr TV – Laman Untuk Mengikuti Dan Menonton Pelbagai GIF Terbaru

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

GIF merupakan salah satu bentuk perkongsian gambar yang popular diarena internet. Pada awalnya, ia lebih popular pada beberapa web komuniti, tetapi akhir-akhir ini, perkhidmatan seperti Twitter dan Facebook turut telah menambah sokongan untuknya.

Terkini, Tumblr yang dimiliki oleh Yahoo! mengumumkan penawaran terbaru mereka dinamakan sebagai Tumblr TV. Menggunakan laman berkenaan, ia memudahkan pengguna menemui pelbagai GIF baru dan juga yang sedang trending di web.

Tumblr TV

Beberapa bentuk paparan disediakan – termasuk dalam bentuk grid, ataupun dalam bentuk TV. Dalam paparan TV, GIF dimainkan secara automatik pada paparan skrin penuh dan ia akan bertukar-tukar ke GIF baru selepas seketika.

Bagi anda yang meminati animasi GIF, anda mungkin boleh layari laman Tumblr TV hari ini dan melihat pelbagai jenis GIF yang dikongsikan di web.

Layari : Tumblr TV


TIPS & ULASAN