Ini Adalah Gambar Latar Utama Untuk Desktop Windows 10 – Dicipta Daripada Penggunaan Cahaya

Ini Adalah Gambar Latar Utama Untuk Desktop Windows 10 – Dicipta Daripada Penggunaan Cahaya

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Pada komputer, salah satu perkara yang sering anda lihat setiap hari adalah gambar latar utamanya. Kita sebelum ini sedia mendengar kisah disebalik wallpaper Windows XP, dan dengan Windows 10 yang bakal hadir pada 29 Julai ini, kini Microsoft sendiri berkongsi mengenai gambar latar utama untuk Windows 10.

Windows 10 Wallpaper

Melalui video yang dikongsikan Microsoft, mereka berkongsi mengenai proses yang diambil oleh mereka dalam usaha menghasilkan gambar latar untuk Windows 10. Pasukan disebaliknya menggunakan cahaya, laser, projektor dan sebagainya dalam menghasilkan gambar latar sebenar – dan bukannya menggunakan Photoshop

Gambar latar ini akan disertakan bersama-sama Windows 10 kelak yang bakal ditawarkan kepada semua pengguna pada 29 Julai kelak.

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan wallpaper untuk Windows 10 ini?


TIPS & ULASAN