HTC Diperkatakan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Baru – HTC Aero?
HTC

HTC Diperkatakan Bakal Hadir Dengan Telefon Pintar Baru – HTC Aero?

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Penawaran HTC One M9 tidak menarik minat ramai pengguna berbanding dengan penawaran HTC pada tahun lepas. Apatah lagi dengan HTC sendiri pada tahun ini memperkenalkan pelbagai jenis peranti berbeza yang menawarkan spesifikasi tinggi. Terkini, HTC turut diura-ura akan hadir dengan sebuah telefon pintar berspesifikasi tinggi baru sekitar suku ke-4 2015 ini, dikenali dengan nama kod “HTC Aero”.

HTC One M9

Apakah yang bakal dibawakan olehnya masih menjadi tanda tanya buat masa ini. Dengan dunia peranti mudah-alih yang bergerak pantas, pelbagai perkara yang boleh berlaku dan mungkin HTC mempunyai perancangan khusus untuknya.

HTC sendiri pernah mengatakan sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan sebuah produk utama baru sekitar bulan Oktober kelak. Disamping itu, HTC pada awal tahun ini pernah mengatakan mereka akan memasuki arena baru, termasuk salah satunya adalah arena rumah pintar – yang mana masih menjadi tanda tanya apakah produk HTC yang bakal diperkenalkan untuknya.

Buat masa ini, HTC telah memperkenalkan beberapa produk baru pada tahun ini, termasuk HTC Re Grip memfokuskan mereka yang aktif bersenam, selain HTC Vive – peranti VR hasil kerjasama mereka dengan Valve.


TIPS & ULASAN