Carian
Penyunting Teks Daripada GitHub Mencapai Fasa Stabil Pertama – Atom 1.0 Diperkenalkan
June 26, 2015 Aman

AtomJika anda masih ingat, pada tahun lepas, GitHub telah memperkenalkan penyunting teks mereka tersendiri dinamakan sebagai Atom. Ketika ia diperkenalkan, ia masih lagi pada peringkat beta sahaja tetapi telah berjaya menarik ramai pembangun di seluruh dunia. Kini, selang setahun, pihak GitHub akhirnya melancarkan penyunting teks mereka itu dalam versi fasa stabil pertama.

Atom merupakan penyunting teks sumber terbuka dan ditawarkan untuk pelbagai platform operasi, tidak kira Windows, Mac mahupun Linux. Atom menjadi minat ramai memandangkan ia boleh diubah-suai mengikut kehendak seseorang pengguna – sekaligus menjadikan ia lebih selesa digunakan untuk tujuan pembangunan.

Bagi anda yang terlibat dalam pengaturcaraan, ataupun inginkan penyunting teks yang menarik, mungkin anda boleh mencuba Atom hari ini, dimana ia ditawarkan secara percuma kepada semua.

Komen