Baggizmo – Beg Membolehkan Pelbagai Peranti Dibawa Secara Selamat

Baggizmo – Beg Membolehkan Pelbagai Peranti Dibawa Secara Selamat

Diterbitkan pada June 26, 2015 oleh .

Baggizmo ialah beg yang direka khas untuk membawa pelbagai peranti secara selamat. Ia mampu memuatkan beberapa telefon pintar, tablet, kunci dan juga dompet di dalam sebuah beg yang boleh disorok di bawah sebuah jaket. Ia direka untuk individu yang mahu membawa pelbagai peranti ketika di luar tanpa kelihatan terlalu ketara dan seterusnya menjadi mangsa jenayah. Baggizmo melekap rapat kepada tubuh pemakai seperti sebuah tempat simpanan pistol seorang anggota polis.

baggizmo-1

Seperti sebuah tempat simpanan pistol, kesemua poket simpanan pada Baggizmo direka bagi memudahkan proses mengambil serta menyimpan peranti. Anda tidak perlu lagi mengorek poket seluar untuk mencari peranti untuk digunakan. Ruang simpanan berbeza untuk kunci kereta yang disediakan juga memastikan skrin peranti tidak akan tercalar. Kepada mereka yang gemar mendengar muzik, beg ini mempunyai ruang menyimpan fon telinga terbina pada talinya. Sebuah Baggizmo boleh dimiliki pada harga $85.

baggizmo-2


TIPS & ULASAN