Cari @ Amanz

Tencent, syarikat disebalik WeChat hari ini secara rasminya telah memperkenalkan salah satu produk terbaru mereka, iaitu Joox. Joox merupakan perkhidmatan penstriman muzik, menawarkan kebolehan untuk para pengguna mendengar lagu secara percuma dengan sokongan data, selain turut hadir dengan langganan premium.

Joox

Joox hadir dengan antaramuka yang mudah digunakan, dan hadir dalam pilihan bahasa Malaysia, Inggeris ataupun Cina. Lagu dan kandungan yang dipaparkan dioptimasikan mengikut jenis bahasa yang dipilih. Pengguna boleh mendengar lagu dengan membuat carian, atau memilih daripada artis, album ataupun senarai main yang telah disediakan oleh kurator Joox. Pihak Joox mengatakan mereka mempunyai kurator tempatan yang mengoptimasikan kandungan dan mencadangkan ia berdasarkan kepada perkara persekitaran termasuk acara semasa (seperti bersempena bulan Ramadan). Salah satu ciri menarik yang hadir pada Joox adalah sokongan paparan lirik untuk lagu yang dimainkan – dan ia dilihat hanya menyokong untuk lagu berbahasa Inggeris sahaja buat masa ini.

Joox Malaysia

Joox Malaysia

Disamping itu, pengguna juga boleh memilih “Radio” yang menawarkan sejumlah lagu berdasarkan kepada sesuatu genre. Untuk perkhidmatan percuma, pengguna boleh membuat carian lagu dan mendengarnya, memilih memainkan lagu daripada “Radio”, mengubah playlist mengikut citarasa, serta berkongsi dengan rakan-rakan melalui WeChat atau Facebook. Joox sendiri menawarkan 30 hari langganan VIP percuma selama 30 hari apabila anda mula menggunakannya hari ini. Salah satu kekangan yang hadir kepada pengguna freemium adalah dimana pengguna hanya boleh melangkau lagu pada senarai main hanya enam kali sahaja setiap jam, berbanding dengan tanpa had pada Joox VIP.

Untuk penawaran berbayar pula – dinamakan sebagai Joox VIP, Joox menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan, termasuk kebolehan untuk menyimpan lagu untuk dimainkan secara offline, bebas daripada iklan, serta akses kepada penstriman muzik berkualiti tinggi kepada pengguna. Pengguna Joox VIP juga mempunyai akses kepada lebih banyak senarai lagu berbanding penawaran percuma.

Joox VIP ditawarkan pada harga langganan RM14.90 sebulan, selain mereka turut mempunyai diskaun untuk langganan tempoh yang lama – sebagai contoh RM40.90 untuk tiga bulan, dan RM73.90 untuk 6 bulan.

Pihak Joox mengatakan mereka menyasarkan untuk hadir dengan versi yang dioptimasikan untuk tablet, selain aplikasi khusus untuk desktop dalam masa beberapa bulan lagi.

Joox

Joox

Joox

Joox

  • Info
  • Layari : Joox
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd