Vertu ialah jenama peranti yang sering dikaitkan dengan kemewahan dan kualiti premium. Kesemua peranti Verrtu dijual pada harga yang amat mahal. Mereka baru sahaja memperkenalkan Vertu Siganture yang mensasarkan pemilik kereta mewah Bentley. Telefon mudah alih biasa ini diperbuat daripada bahan yang sama seperti sebuah Bentley Mulsanne Speed. Gentian karbon, kulit lembu Beluga Black, titanium dan kristal nilam adalah antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan peranti yang dijual pada harga £ 14500 (RM 86000) sebuah ini.Vertu turut memberikan pilihan untuk pemilik kenderaan untuk melakukan kustomasi warna dan tatahan berlian pada telefon mewah ini.
Fungsi eksklusif yang ditawarkan grafik latar belakang rekaan khas, animasi logo Bentley semasa peranti dihidupkan dan logo Bentley yang diperbuat daripada logam pada bahagian hapadan.Sekiranya berminat peranti ini boleh dipesan sekarang dan anda akan menerimanya pada 15 September hadapan apabila ianya dilancarkan secara rasmi. Adalah agak aneh masih ada pengeluar yang mahu menghasilkan sebuah peranti tidak pintar pada zaman sekarang.