Cari @ Amanz

oh-la-laIndustri animasi negara sedang berkembang pesat sekarang dengan siri animasi Upin dan Ipin serta Boboiboy mendapat sambutan yang menggalakkan dari penonton tempatan serta luar negara. Upin dan Ipin juga mendapat ruang tayangan di saluran Disney yang cukup berprestij. Jelas sekali sambutan terhadap animasi tempatan adalah amat baik sekali.

Malangnya tidak semua animasi tempatan akan menerima sambutan menggalakkan dan berjaya seperti Upin dan Ipin. Oh! La La yang merupakan filem animasi muzikal pertama Malaysia baru sahaja menamatkan tayangan di pawagam dan sambutannya adalah amat mengecewakan. Filem ini menelan belanja RM 4 juta tetapi hanya berjaya mengumpul RM 37 000 selepas 12 hari tayangan. Jumlah ini adalah amat mengejutkan bagi sebuah filem yang ditayangkan di 47 buah pawagam seluruh negara. Secara purata hanya 6 orang menonton filem ini setiap hari di setiap pawagam.

Di manakah silapnya sehingga jumlah kutipan sebuah filem yang mendapat dana dan sokongan dari  Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini gagal teruk di pawagam. Secara peribadi kami hanya mengetahui kewujudan filem animasi selepas membaca laman Finas. Apakah pendapat anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd